Apakah yang perlu sediakan untuk persediaan bersalin?
Walaupun kita mungkin pernah bersalin dihospital, dalam keadan yang mendebarkan kita lupa apakah yang perlu disediakan sebagai persediaan untuk bersalin. Pertama sekali peralatan/barang untuk dibawa ke hospital
1. Untuk Ibu
- buku klinik dan ic
- tuala wanita
- pad susu
- seluar dalam pakai buang
- 1 set pakaian bersih tuk balik rumah
- minyak angin/urut
- stokin, jaket dan penutup kepala
- bekas air pns/air/sudu/gelas/pingan
- peralatan mandi
2. Untuk bayi
- 3 set baju/tuala/stokin/topi
- bengkung bayi
- new born pampers
- wet tissu, kapas
- bekas tembuni
- keperluan mandian bayi
Anda tidak perlu membawa barang yang banyak ke hospital. Bawa keperluan utama sahaja. Selalunya pakaian ibu disediakan sepanjang berada di wad.
Ambillah kesempatan untuk berehat dan berbual dengan ibu-ibu yang lain jika anda berasa di hospital awam.
Selamat bersalin kepada si ibu.
Terima kasih kerana berkunjung :)♡
Beaute Best
Kecantikan Wanita Luar dan Dalam
Thursday, 24 December 2015
PELBAGAI EMOSI SEMASA TEMPOH KEHAMILAN
Anda amat bertuah jika anda mampu berkongsi emosi anda dengan pasangan anda sepanjang tempoh kehamilan. Realitinya hanya sebilangan suami isteri mampu berada dalam ikatan rapat seperti ini terutamanya untuk mengandung kali pertama. Kehamilan seterusnya mungkin anda berkeseorangan. Apapun keadaan anda, antara emosi yang anda akan hadapi semasa mengandung adalah:
1. Sunyi
Rasa sunyi tidak bermaksud anda berkeseorangan. Walaupun anda dikelilingi oleh pasangan, anak, keluarga mahupun kawan-kawan, anda merasakan ada ruang kosong dihati anda. Anda tidak dapat meluahkan perasaan anda.
Perasaan ini sering dihadapi wanita yang tidak merasakan kasih sayang daripada suami, hubungan hambar dan sibuk dengan hal masing-masing. Emosi ini juga dihadapi oleh wanita yang ditinggalkan suami, bercerai atau single mother.
2. Sensitif
Emosi sensitif merujuk kepada perasaan mudah tersentuh, menangis dan bersedih. Apa sahaja kabar yang diterima merupakan perkara sensitif bagi mereka. Ini termasuk berita sedih, layanan suami, layanan keluarga, rakan-rakan dan sebagainya.
3. Mudah marah
Emosi mudah marah ini selalunya disebabkan oleh keletihan bakal ibu. Kita sering mendengar wanita hamil yang perengus. Tidak dapat dinafikan perkara ini berlaku. Walaubsgaimana pun ada wanita hamil yang mampu mengawal emosi ini dengan baik.
4. Tertekan
Bakal ibu mudah tertekan dengan masalah dan tugasan yang banyak. Pelbagai emosi boleh timbul apabila bakal ibu berada dalam situasi tertekan.

Tuesday, 22 December 2015
KEPERLUAN PENTING SEMASA BERPANTANG
Amalan berpantang selepas bersalin amatlah penting bagi mengembalikan kesihatan tubuh badan dan minda ibu yang baru bersalin. Antara keperluan penting semasa berpantang adalah:
1. Rehat
Rehat yang mencukupi adalah sangat penting bagi si ibu setelah 9bulan mengandung dan bertarung nyawa melahirkan si kecil. Ibu yang tidak mendapat rehat yang cukup selalunya mengalami sindrom meroyan, kecewa, stress dan letih. Ini boleh mempengaruhi emosi dan secara tidak langsung menghadkan penghasilan susu.
2. Air
Air membantu mengantikan bendalir dalam badan yang hilang semasa mengandung dan waktu bersalin. Air merupakan penyembuh semulajadi kepada badan kita. Minum air yang mencukupi semasa berpantang.
3. Makanan Tambahan
Makanan tambahan seperti vitamin, mineral dan kalsium sangat baik untuk mengembalikan kesihatan dan kecantikan si ibu. Makanan tambahan yang mencukupi mempercepat proses penyembuhan dan juga membekalkan nutrien kepada si bayi yang menyusu. Buah-buahan juga sangat baik untuk si ibu dan bayi.
4. Mandian Herba
Mandian herba membantu membuang angin dalam badan disebabkan pori-pori yang terbuka semasa proses bersalin. Mandian ini menyegarkan dan memberi rasa hangat pada tubuh badan.
5. Urutan
Urutan yang betul mampu mengembalikan kesihatan si ibu. Urutan juga memberi keselesaan, memberi perasaan tenang dan relax kepada si ibu. Urutan terbukti mempercepatkan penyembuhan kerana ia membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh badan. Urutan juga membantu mengembalikan bentuk badan si ibu dan memperbanyak penghasilan susu.
6. Bengkung
Bengkung baik untuk menyokong badan si ibu bagi mengelakkan 'masuk angin' selepas bersalin. Bengkung mempercepat proses pengecutan rahim dan menaikkan rahim yang jatuh. Bengkung Modern atau tradisional mampu memberi kesan yang sama, yang penting adalah cara pemakaiannya.
7. Senaman ringan
Senaman ringan seperti kemutan dan posisi menguatkan rahim amatlah bermanfaat kepada kadar penyembuhan si ibu. Amalkan beberapa gerakan ringan bagi membantu proses penyembuhan.
8. Komunikasi
Komunikasi yang baik semasa berpantang membantu emosi si ibu terutamanya yang melahirkan anak pertama. Meluahkan perasaan, penat lelah semasa bersalin memberi kelegaan si ibu. Perkongsian dan ibu-ibu yang lain juga memberi impak positif kepada emosi si ibu.
9. Kasih sayang dan penghargaan.
Perasaan sayang dan penghargaan yang ditunjukkan oleh orang disekeliling dapat memberi sokongan positif kepada si ibu dan bayi. Penyembuhan dari segi emosi dan psikologi si ibu sangat membantu semasa tempoh berpantang.
Selamat berpantang para ibu.
Sila kongsikan pengalaman berpantang anda untuk perkongsian bersama. Perkongsian itu melegakan dan ianya mungkin membantu orang lain.
Terima kasih kerana berkunjung :)

Subscribe to:
Posts (Atom)