Thursday, 24 December 2015

PELBAGAI EMOSI SEMASA TEMPOH KEHAMILAN

Anda amat bertuah jika anda mampu berkongsi emosi anda dengan pasangan anda sepanjang tempoh kehamilan. Realitinya hanya sebilangan suami isteri mampu berada dalam ikatan rapat seperti ini terutamanya untuk mengandung kali pertama. Kehamilan seterusnya mungkin anda berkeseorangan. Apapun keadaan anda, antara emosi yang anda akan hadapi semasa mengandung adalah:

1. Sunyi
Rasa sunyi tidak bermaksud anda berkeseorangan. Walaupun anda dikelilingi oleh pasangan, anak, keluarga mahupun kawan-kawan, anda merasakan ada ruang kosong dihati anda. Anda tidak dapat meluahkan perasaan anda.
Perasaan ini sering dihadapi wanita yang tidak merasakan kasih sayang daripada suami, hubungan hambar dan sibuk dengan hal masing-masing. Emosi ini juga dihadapi oleh wanita yang ditinggalkan suami, bercerai atau single mother.

2. Sensitif
Emosi sensitif merujuk kepada perasaan mudah tersentuh, menangis dan bersedih. Apa sahaja kabar yang diterima merupakan perkara sensitif bagi mereka. Ini termasuk berita sedih, layanan suami, layanan keluarga, rakan-rakan dan sebagainya.

3. Mudah marah
Emosi mudah marah ini selalunya disebabkan oleh keletihan bakal ibu. Kita sering mendengar wanita hamil yang perengus. Tidak dapat dinafikan perkara ini berlaku. Walaubsgaimana pun ada wanita hamil yang mampu mengawal emosi ini dengan baik.


4. Tertekan
Bakal ibu mudah tertekan dengan masalah dan tugasan yang banyak. Pelbagai emosi boleh timbul apabila bakal ibu berada dalam situasi tertekan.

No comments:

Post a Comment